Wednesday 23 January 2013

Antara Tanggungjawab dan Cita-cita

Assalamualaikum dan hai semua..

Dilahirkan sebagai anak sulung dan dilimpahi kasih sayang orang tua yang tiada penghujungnya telah membuatkan aku terhutang budi kepada mereka. Membuatkan diriku terikat dengan tanggungjawab bahawa adik-adik ku juga wajar menerima kasih sayang sepertiku. Jika segala permintaanku mudah dituruti kedua ibu bapaku, aku juga perlu mampu memenuhi permintaan adik-adikku. Ketika umur adik-adik seperti aku sekarang, sudah pasti ibu bapaku semakin berusia. Mungkin juga ketika itu mereka sudah tidak mampu memberi adik-adik kasih sayang yang sama mereka berikan kepadaku sekarang. Tanggungjawabku melebihi jari jemariku. Sebab itu cita-citaku lebih besar dari tubuh badanku. Sedang aku berlari mengejar cita-citaku, aku terjatuh dan bertanya  "Mampukah aku?"..dan aku pasti akan bangun sambung berlari sebelum sesiapa sempat menjawab sebab aku tahu tiada siapa tahu jawapan yang betul kecuali Allah. Ingatlah bahawa Allah tidak akan memberi ujian yang melebihi kemampuan hamba-Nya. Sedang aku berlari dengan laju, kadang-kadang aku terlupa tanggungjawab yang aku pikul sekarang. Lalu, aku perlahankan larianku supaya dalam masa aku mengejar cita-citaku, aku tidak mengabaikan tanggungjawabku sekarang. Dalam perjalanan mengejar cita-cita, kita sudah ada tanggungjawab yang perlu kita pikul. Apabila cita-cita kita tercapai,kita juga akan menerima tanggungjawab yang lebih besar. Tanggungjawab dalam kehidupan membuatkan hidup kita terisi dan bermakna. Jadi, sahabat-sahabat semua, jangan takut dengan tanggungjawab yang dipikul. Jangan hancurkan kepercayaan orang lain terhadap kita. Jangan biarkan diri terus tersungkur bila kita jatuh. Sentiasa lah mencari keikhlasan dalam diri kita ok..teruskan mencari sehingga kita merasakan ujian yg Allah beri kepada kita adalah sesuatu yang amat manis walaupun pahit bagi orang lain. Biarkan masyarakat yang sering bertanya "Mampu ke?" terus dengan pertanyaan tu sebab kita sendiri tidak perlukan jawapan bagi soalan itu. Sudah jelas dan nyata Allah memberi jawapan bahawa "Allah tidak akan memberi ujian yg hamba-Nya tidak mampu hadapi"..

Di saat aku memberi semangat kepada orang lain, aku juga tidak pasti adakah aku mampu. Cuma apa yang aku tahu, aku sayang semua orang yang hadir dalam hidupku dan tanggungjawab aku untuk membuat mereka sentiasa bersemangat menghadapi ujian hidup.

Pernah seorang teman menasihatiku ketika aku bersedih, "Semua itu hal dunia je. Mesti boleh selesai laa. Tak perlu nak stress2 hal dunia ni." beliau mampu buat aku terdiam dan tersenyum. Kata-kata beliau menjadi peganganku sehingga sekarang walaupun hubungan kami tidak rapat seperti dulu. Semoga persahabatan kami kekal dan terpelihara. Amin..

So, letakkan cita-cita anda setinggi mungkin. Mampu atau tidak bukan kita tentukan. Jalankan tanggungjawab sebagai manusia dengan baik dan In Sha Allah kita akan dapat apa yang terbaik.

L.O.V.E

No comments:

Post a Comment