Thursday 25 August 2011

Almond London si hitam manis..

Assalamualaikum wbt..
hy..lagi berapa hari je lagi kita akan menyambut Hari Raya kan..
so!!mood buat kuih raya agak berkobar-kobar sebab tahun ni saya cuti lama..
cuti sem 4 bulan yang dah nak habis tak lama lagi..hadehh
ok,tahun ni for the first time saya buat almond london,,my favourite ok..
kalau tak de biskut ni hari raya saya sanggup beli longgok2 kat mana2 taw..
nak tengok tak proses nak buat ni?jom..resepi saya ambil dari blogger masakan yang sangat best..klik la sini untuk resepi ori blogger tersebut ~ resepi almond london

bahan-bahan yang diperlukan..
badam dibakar kejap je dlm oven


gula icing

butter

emplex dan perisa vanilla

tepung gandum

telur kuning je taw

coklat masakan

lemak sayur

badam cincang
jom tengok2 saya ada bakat x nak buka bakery..yeahh..impian tu..i love baking..

setelah digentel2..gemuk betul..sepatutnya kecik lagi taw size dia

tu dia..nerves taw buat first time

cookies yang telah dibakar

coklat yg sudah dicairkan..guna kaedah double boiler (kalau tak tau double boiler tu ape sila klik ea)

proses salutan choc n hiasan badam

pembantu or insan dibuli kakak??hihi
hasilnya?yumm2

howkeyyyy..comel tak?nanti nak buat lagi banyak2..favourite saya ni..
proses membakar dilakukan kat rumah manakala proses menyalut coklat dilakukan di kampung nenek..dua tempat seyhh..bhahaha..actually saya bermalam di kampung dengan keluargaku menjaga nenek ku yg sakit..kat kampung tak ada oven..so,proses membakar semua kena buat di rumah..oven ni pemberian seorang ayah yang sangat memahami minat anak beliau..thank you ayah!!
oven ini sangat2 lah berjasa dalam mengumpul pengalamanku yang tak seberapa ni..


see..my wonderful oven..
nak cerita sikit keistimewaan oven ni..oven ni agak besar dan istimewa sebab dia ada kipas..kalau kita panggang ayam memang best taw guna oven ni..kipas dalam oven tu akan berpusing untuk menyebarkan udara yang panas tersebut..jadi ayam tersebut akan masak dengan rata dan cepat..ada lampu mentol yang tahan panas,timer dan kita boleh pilih samaada untuk panggang atau bakar..hihi..nampak tak ciri2 engineer process and food di situ..yeahh..poyo di situ..uhukk..thats my course in UPM..Process and Food Engineering..tapi bukan belajar masak ea..belajar thermodynamic,chemistry,heat transfer and macam2 lagi la yang pelik..hihi
sampai di sini saja la bebelan saya..semoga entry ni memberi manfaat kepada semua..

Assalamualaikum..