Wednesday 23 January 2013

Antara Tanggungjawab dan Cita-cita

Assalamualaikum dan hai semua..

Dilahirkan sebagai anak sulung dan dilimpahi kasih sayang orang tua yang tiada penghujungnya telah membuatkan aku terhutang budi kepada mereka. Membuatkan diriku terikat dengan tanggungjawab bahawa adik-adik ku juga wajar menerima kasih sayang sepertiku. Jika segala permintaanku mudah dituruti kedua ibu bapaku, aku juga perlu mampu memenuhi permintaan adik-adikku. Ketika umur adik-adik seperti aku sekarang, sudah pasti ibu bapaku semakin berusia. Mungkin juga ketika itu mereka sudah tidak mampu memberi adik-adik kasih sayang yang sama mereka berikan kepadaku sekarang. Tanggungjawabku melebihi jari jemariku. Sebab itu cita-citaku lebih besar dari tubuh badanku. Sedang aku berlari mengejar cita-citaku, aku terjatuh dan bertanya  "Mampukah aku?"..dan aku pasti akan bangun sambung berlari sebelum sesiapa sempat menjawab sebab aku tahu tiada siapa tahu jawapan yang betul kecuali Allah. Ingatlah bahawa Allah tidak akan memberi ujian yang melebihi kemampuan hamba-Nya. Sedang aku berlari dengan laju, kadang-kadang aku terlupa tanggungjawab yang aku pikul sekarang. Lalu, aku perlahankan larianku supaya dalam masa aku mengejar cita-citaku, aku tidak mengabaikan tanggungjawabku sekarang. Dalam perjalanan mengejar cita-cita, kita sudah ada tanggungjawab yang perlu kita pikul. Apabila cita-cita kita tercapai,kita juga akan menerima tanggungjawab yang lebih besar. Tanggungjawab dalam kehidupan membuatkan hidup kita terisi dan bermakna. Jadi, sahabat-sahabat semua, jangan takut dengan tanggungjawab yang dipikul. Jangan hancurkan kepercayaan orang lain terhadap kita. Jangan biarkan diri terus tersungkur bila kita jatuh. Sentiasa lah mencari keikhlasan dalam diri kita ok..teruskan mencari sehingga kita merasakan ujian yg Allah beri kepada kita adalah sesuatu yang amat manis walaupun pahit bagi orang lain. Biarkan masyarakat yang sering bertanya "Mampu ke?" terus dengan pertanyaan tu sebab kita sendiri tidak perlukan jawapan bagi soalan itu. Sudah jelas dan nyata Allah memberi jawapan bahawa "Allah tidak akan memberi ujian yg hamba-Nya tidak mampu hadapi"..

Di saat aku memberi semangat kepada orang lain, aku juga tidak pasti adakah aku mampu. Cuma apa yang aku tahu, aku sayang semua orang yang hadir dalam hidupku dan tanggungjawab aku untuk membuat mereka sentiasa bersemangat menghadapi ujian hidup.

Pernah seorang teman menasihatiku ketika aku bersedih, "Semua itu hal dunia je. Mesti boleh selesai laa. Tak perlu nak stress2 hal dunia ni." beliau mampu buat aku terdiam dan tersenyum. Kata-kata beliau menjadi peganganku sehingga sekarang walaupun hubungan kami tidak rapat seperti dulu. Semoga persahabatan kami kekal dan terpelihara. Amin..

So, letakkan cita-cita anda setinggi mungkin. Mampu atau tidak bukan kita tentukan. Jalankan tanggungjawab sebagai manusia dengan baik dan In Sha Allah kita akan dapat apa yang terbaik.

L.O.V.E

Thursday 23 August 2012

DIY PROJECT: BAG

Assalamualaikum..
Hai..jam menunjukkan 3 pagi..mata dah ngantuk tapi still x boleh tidur..tu lahh..tadi pergi minum cappucino sape suruh kan..
Ok..semalam seharian saya google sana sini belajar dan lihat macam mana nak DIY beg..
Nafsu buat beg ni tercetus bila dah setahun tak tukar beg pergi class..so,nak try la DIY beg sendiri selepas tengok kat blog orang lain..nice..tapi masih survey barang2 yang diperlukan..kalau cukup barang2 saya akan teruskan projek diy ni..ok,entry kali ni nak share beberapa link yang sangat membantu dan menimbulkan minat mendalam terhadap diy..

FROM T-SHIRT TO GORGEOUS BAG

FROM JEANS TO GORGEOUS BAG

SWEETIE BAG

MESSENGER BAG

PATCHWORK BAG

DIY BAG LOVER

haa..ni baru sebahagian..kalau korang google memang banyak..zaman sekarang x perlu bayar mahal2 ambil kursus menjahit..gunakan peluang yang ada..cuma korang kena la ada mesin jahit dan alatan2 yang lain..saya pun pinjam mesin jahit mak saya je..tak mampu nak beli sendiri..link2 kat atas ni sangat kreatif..menggunakan t-shirt atau jeans yang dah x guna lagi..so,jimat kan?tapi menarik..jadi mak kita dah x bising lagi almari kita penuh dengan baju2 yang x pakai..yeayy..shopping baju lagi!!haha..saya mmg banyak baju yang tak pakai..nak buang sayang kan..nak pakai pulak macam dah tak sesuai..jadi..apa tunggu lagi..jom DIY..

menulis itu biarlah dengan hati yang ikhlas :)

Monday 20 August 2012

SimplyShopp launched!!

Assalamualaikum semua...
hai..dah lama tak update blog..kekontangan idea..apa pun di bulan yang mulia ini tergerak hati nak tulis blog balik..Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat seluruh umat Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri..Maaf dipohon atas kekurangan diri..ok..back to topic..
Tarik nafas panjang2 dulu..haha
Dengan sukacitanya saya ingin umumkan pelancaran kedai online saya yang bernama SimplyShopp..yeayyy!!

SimplyShopp

Eh??kenapa tiba2 je ade kedai ni?haha
dah lama fikir nama yg sesuai n komersial tapi xde idea..sehingga lah beberapa hari sebelum raya i got the idea..sebelum tu macam idea timbul tapi kelakar..haha..
sebenarnya saya dah jual barang2 dekat alam nyata..cuma x jual online..so, sekarang ingin try bisnes online macam mana kan..kalau ada pengalaman jom la share..saya budak baru belajar..
apa yang saya jual?
tu nanti update kat entry baru ok..yang pasti sila like page kedai saya ni..ajak kawan2, mak sedara, nenek yang tengah bakar lemang tu, pak sedara yang kacau dodol, mak2 yang masak rendang tu online jap fb n like link kat bawah ni ea..if likers mencapai 50 orang ada giveaway untuk korang..stay tune!!
SimplyShopp simple but gorgeous

menulis itu biarlah dengan keikhlasan dari hati :)

Tuesday 6 December 2011

entry 18: Kepastian

Assalamualaikum..
hyy..tak de ape nak dibebelkan..
just nak ajak readers hayati lagu ni KEPASTIAN daripada In-Team..
mengisahkan kepastian kita di dunia dan akhirat..pastikah kita penghuni syurga?layakkah kita?
layakkah kita jika hanya mengingati Allah ketika susah?Astaghfirullahalazim..
alpakah kita dengan duniawi?sehingga terlupa akan kehidupan yang abadi di akhirat?
semoga kita kembali kepada tujuan sebenar kehidupan..


Marilah bersama2 ingat mengingati dan berusaha menjadi lebih baik dari semalam..
Assalamualaikum..daa