Friday 26 August 2011

Apa kes ko sibuk kat tempat aku!!

Assalamualaikum..
hyy..apa khabar semua?
semoga sihat hendaknya.. *macam nak buat ucapan perhimpunan pulak
pelik eh tengok tajuk entry kali ni..masih ada kaitan dengan hari raya lagi..
ce teka..kenapa tajuk ni..
korang biasa tak sebut ayat ni masa drive and then kurang kesabaran dengan traffic jam orang nak balik raya kat tempat korang..macam saya memang biasa la ayat sebegini keluar dalam hatiku ini..
saya duduk kat Raub,Pahang..jalan yang sangat sibuk menjelang musim perayaan atau cuti umum apabila orang dari KL nak balik Kelantan..
ohoiiii..memang menguji keimanan lah bila driver2 luar tunjuk hebat sangat bawak laju2 kat daerah ku yang sangat permai ni..
kamu kalau datang tempat orang jangan la buat kurang ajar brader!!potong memotong dengan bahaya..laju bebenau..kalau ada nenek kat tepi jalan tuh boleh pengsan tau gara2 terkejut..tau la kereta kamu2 semua hebat2..saya ingin mengupas isu ini kerana hal ini terjadi sebentar tadi..ececehh..
hari ni hari terakhir persekolahan sebelum umat Islam menyambut bulan Syawal yang mulia..
so!!ramai la ibu2 bapak2 turut mula bercuti..sebaik sahaja habis kerja terus pecut kereta..nak kejar waktu berbuka agaknya..
memang ramai yg suka tekan2 mende ni kan..i hate bunyi hon!!

tapi kan jangan la pentingkan diri sendiri dan menyusahkan penduduk setempat..
hari ini mereka bawa kereta laju2 sebab jalan tak jam lagi..i sure tomorrow jalan sudah mula jam..
siapa yang rasa susah?penduduk setempat la yang dengan baik hati tulus mulus redha jalan raya yang kecil lagi sempit dan ada retak2 digunakan oleh awak2 yg nak balik kg..


memang geram kan

pendapat saya la kan,antara KL dan Kelantan perlu ada jalan highway..straight jep..x perlu la mereka masuk ke bandar..sudah bertahun2 perkara ini berlaku..agak menyusahkan jiwa dan raga saya dan penduduk sini..lebih2 lagi driver yang lesen masih baru,pegang stereng pun terketar2 seperti saya ni memang la amat menakutkan suasana jalan raya di hari raya..padahal nak pegi beli telur kat kedai runcit je pun..haishh..
ok laa..dah habis apa yang dipendam..semoga ada la mana2 syarikat jalan raya baca blog saya dan sila la buat highway dr KL straight to Kelantan..untung maaa..kutip tol lor..

p/s~ingat lah org tersayang ketika memandu..daaaa~
Assalamualaikum